Pages

Subscribe:

Saturday, 7 April 2012

TAK SEMPAT BERMIMPI ?

Tak sempat bermimpi? 

Mungin ada je mimpi...tapi sepanjang minggu ni, tiada satu pun yang aku ingat. Sepanjang minggu ni aku sibuk dengan urusan kerja. Habis satu, satu lagi kena selesaikan dan ada lagi yang tengah standby dalam tray untuk diselesaikan juga.


Parah bila aku rasakan, asal celik sahaja mata, terus terfikir tentang kerja........nah.....aku tak suka kan semua ini, aku rasa terbeban. Baru semalam aku selesaikan semuanya, pagi ini dapat call dari Boss, ada tugasan baru. Macam tak menyempat je nak tunggu hari Isnin kan..?

Biasanya hari sabtu, hari makan gaji buta buat aku..hahaha.... tolong jangan contohi aku. Biasanya hari sabtu begini aku topup kerja-kerja yang mana tak sudah, mula rancang apa perlu diselesaikan tuk minggu depan.


Nama pun kerja...harus lah. Tak kerja mana nak datang duit, betul?

Dek kerana kesibukkan, blog utama aku sedikit terabai. Blog ke dua aku? nah itu lagi lama aku biarkan sepi tampa cerita baru, kira-kiranya hampir dua minggu ceritanya masih sama, tidak berganti. Sungguh aku tak cukup masa untuk blog itu. 

Dan blog yang ini.........sengaja aku curi masa untuk meluahkan perasaan. Luahan perasaan aku hanya di sini, sedikit di blog pertama, di blog ke 2?? lebih kepada imaginasi dan sedikit pengalaman aku.


Apa nama blog pertama dan kedua?? oh......biar lah rashia. 

Aku mahu, kamu...ya kamu yang sudi luangkan masa membaca curahan rasa ini mengenali aku sebagai Miss D, aku mahu berkongsi 'the other side of me' yang jarang-jarang aku dedahkan.



Aku mahu sambung tugasan ku, dan aku yakin ianya takkan sempat siap dan akan disambung semula pada minggu berikutnya. Stay back di office? of maaf lah...tak kuasa.......

Till then..........buybye.... (^_^)

Saturday, 31 March 2012

KERETA AYAH


Kalau nak diikutkan, masuk kali ni je dah 2 kali kereta aku accident (-__-)"

Kesian kat ayah...terpaksa menyusahkan dia, nak hantar dan ambil aku balik dari kerja. Sorry ayah, anak ayah yang sorang ni asik menyusahkan ayah je (-__-)"

Hampir sebulan kereta masuk bengkel, selama sebulan ni aku rasa stress juga, kerja aku kadang-kadang perlu keluar bila tak ada kereta macam mana? Aku tak reti nak suruh2 orang lain, sebab aku tahu itu tugas aku. 

Lepas tu kena bangun sebelum subuh, sebab ayah masuk kerja pukul 8. Aku sampai kat office seawal jam 7. Phewww.....terkebil-kebil aku sendiri kat office ni.



Berbalik pada cerita mimpi, aku bermimpi tentang kereta ayah. Macam real je aku rasa.

Dek kerana adak kerja luar yang perlu aku selesaikan, maka aku pinjam la kereta ayah sekejap. Aku park kereta ayah kemudian uruskan kerja-kerja aku. Sekembali aku ke tempat parking, luluhnya hati bila lihat kereta ayah hanya tinggal rangka. Yang lain-lain semua kena curi.

Menangis aku sendiri di situ, takde orang lain kat situ, hanya aku. Tangan mula menggigil, terfikir macam mana la nak bagi tahu pada ayah, risau sangat-sangat. Terfikir lak bagaimana reaksi ibu nanti, haih..risau-risau.... 

Tapi..mujur lah ianya hanya mimpi. Saat aku tersedar, aku memanjatkan syukur pada Allah kerana ianya hanya mimpi bukan realiti.


Kalau nak tahu..sebelum aku accident, memang aku bermimpi kereta aku langgar kereta jiran sebelah. Nah esoknya ianya benar-benar jadi...tapi bukan aku yang langgar, orang yang langgar kereta aku. Terbalik la pulak...haih...

Tapi apa yang berlaku, aku redha. Bukan kah setiap yang berlaku ada hikmahnya? Tapi masa lepas accident tu memang teruk la aku kena marah, kena marah dengan ibu, bukan dengan ayah. Sedih tau, cara ibu marah tu macam aku sengaja nak accident. Aku minta ke semua ni..? siapa yang suka accident...ada ke...???

Rasa macam nak lari dari rumah je.... terasa aku ni sangat menyusahkan ayah dan ibu. Sangat membebankan mereka. Nama je dah bekerja, tapi masih menumpang di rumah mereka. Aku sendiri mula rasa tak selesa, malah dah banyak kali rasanya aku terfikir nak keluar dari rumah...(-__-)"


Aku tahu..aku ni bagaikan 'black sheep' dalam family. Tak ada yang istimewa pun tentang aku. Banyak menyusahkan lagi ada lah. Aku tak secantik adik-adik aku yang lain, aku juga tak sepandai macam adik-adik aku yang lain. Yang lain masuk universiti tapi aku? masuk kolej je, tu pun ayah masih kena tanggung perbelanjaan aku tiap bulan, PTPTipu cukup2 untuk yuran pengajian, buku2 dan tempat tinggal.

Tengok la kerja aku sekarang, gaji pun tak besar mana..cukup makan je. So apa la yang boleh dibangga kan sangat tentang aku kan..??

Aku sedar tu, sebab tu aku banyak diamkan diri, ikut je la. Berbakti selagi termampu, bersabar selagi termampu.



Berbalik pada mimpi.....

Ya Allah...jauhkan lah perkara-perkara yang buruk dari keluarga kami. Permudahkan segala urusan kami Ya Allah... Aku tak nak accident lagi.....kalau aku susah sorang2 tak apa..tapi pasti akan melibatkan orang lain, lagi-lagi ayah dan ibu. Ya Allah.....kesiankan lah ayah...kesiankan lah ibu.....jangan biarkan aku menyusahkan mereka lagi...sungguh itu bukan mahu ku......(-__-)"

Monday, 26 March 2012

ENCIK BAJU BIRU {BAB 2}


Dah kenal kan siapa EBB ?

Kelmarin aku mimpikan dia. Apa maknanya, entah la aku sendiri tak pasti. Yang pastinya aku akan simpan cerita mimpi ini di sini...

Aku berjalan bersama-sama teman sekerja. Keadaan di situ agak sesak, ramai orang keluar masuk di shopping complex itu. Dalam sesak-sesak aku terpandang akan seorang lelaki, yang memang sangat aku kenali, EBB. Dengan baju biru dan seluar jeansnya berjalan perlahan-lahan di celah orang ramai.



Keadaan dia nampak tidak terurus. Aku terus memerhatikan dia dari jauh, dalam hati bimbang kalau-kalau dia ternampak aku. Makin aku jauhkan diri, makin dia datang dekat, makin lah aku sembunyikan diri. 

Apa yang aku tak ingini terjadi juga, dia dah perasan kan aku. Ah sudah! terus sahaja dia mencari aku. Aku terdengar dia memanggil aku..

" Girl..........." lirih sahaja suaranya. Wajahnya sedih. Tapi aku tetap larikan diri, hingga lah dia hilang dari pandangan aku.


Terus sahaja aku sedar dari tidur dan seharian mimpi itu asyik bermain-main di fikiran. 

Dulu..masa putus dengan dia pun aku rasakan tindakan itu sangat kejam buat dia dan kini dalam mimpi itu aku merasakannya sekali lagi.

Kejam kah aku meninggalkan dia?



Kenapa aku tinggalkan dia? Bagi aku itu lah yang terbaik, aku tak mampu nak mencintai dia sama seperti dia mencintai aku. Aku sering saja sakitkan hati dia, aku tak layak untuk dia. Kerana itu aku lepaskan dia pergi. Family aku pun tak menggalakkan...nah kombinasi yang cukup kuat tuk aku pergi dari hidup dia.

Apa maknanya itu? adakah dia kini berada di dalam keadaan begitu, lemah dan tidak terurus?

Ya Allah.....lindungi lah dia, moga dia sihat sejahtera selalu. Moga dia hidup dengan gembira ketika ini. Moga mimpi itu hanya lah mainan tidur, bukan petunjuk daripada mu...Aminn...

Saturday, 24 March 2012

ENCIK BAJU BIRU


Cukup la aku gelarkan dia Encik Baju Biru (EBB), sebab dia suka sangat pakai baju warna biru. Takkan lah nak letak nama sebenar pula. Buatnya dia tanya pakcik google tup-tup sampai kat sini? siapa nak jawab?

Siapa EBB ? lelaki ke dua yang aku benarkan duduk di dalam hati ini. Kami dah lama putus, aku yang putuskan. Atas sebab aku dan juga kehendak family. Aku kecewakan dia (-__-)''


Mungkin apa yang berlaku sekarang ni balasan atas apa yang dah aku lakukan. Aku kini hidup sendiri, yang ada hanya teman dan family. Kawan-kawan, sepupu sepapat ramai yang dah mengikat tali pertunangan, ramai yang dah kahwin dan ramai juga yang punyai anak. Tapi aku? macam ni lah.......

Jalani hidup apa adanya kan? 

Kelmarin EBB datang dalam mimpi aku, keadaan dia agak menyedihkan. Apa kabar ye dia ketika ini? 


Ya Allah....moga dia baik-baik sahaja. 

Nanti aku ceritakan mimpi aku ya...dah melencong cerita pasal diri sendiri la pula. (^_^)

Friday, 23 March 2012

SALAM PERKENALAN



Assalammualaikum....

Sengaja aku wujudkan blog baru ini, tapi untuk apa?

Untuk aku catatkan semua mimpi yang pernah aku alami, mimpi yang aku ingat. Pelik? ya mungkin kedengaran agak pelik, tapi itu la hakikatnya.

Bagi aku, mimpi yang selalu aku alami itu punyai ceritanya yang tersendiri. Cerita yang tiada permulaan dan juga tiada akhirnya, ianya cerita tergantung. 



Mimpi boleh menjadi kenyataan? ya...aku percaya kan itu. Mimpi juga merupakan petunjuk dari Allah kepada kita dan ada juga mimpi itu hanya lah maianan tidur, permainan dari syaitan. Pandai lah kita tafsirkannya sendiri.

TAPI....jangan terlalu taksub sangat pada mimpi. Sangat tidak baik untuk kesihatan. Mimpi yang akan aku kongsikan di sini, mungkin mimpi yang mahu aku ingat selalu. 

Bercakap tentang Blog baru? bermakna ada blog lain sebelum ini?

Ya.....sudah lama aku berada di dalam dunia blog ini. Blog mana? ada lah, biar lah rahsia. 

Jom bermimpi.....................