Pages

Subscribe:

Saturday 24 March 2012

ENCIK BAJU BIRU


Cukup la aku gelarkan dia Encik Baju Biru (EBB), sebab dia suka sangat pakai baju warna biru. Takkan lah nak letak nama sebenar pula. Buatnya dia tanya pakcik google tup-tup sampai kat sini? siapa nak jawab?

Siapa EBB ? lelaki ke dua yang aku benarkan duduk di dalam hati ini. Kami dah lama putus, aku yang putuskan. Atas sebab aku dan juga kehendak family. Aku kecewakan dia (-__-)''


Mungkin apa yang berlaku sekarang ni balasan atas apa yang dah aku lakukan. Aku kini hidup sendiri, yang ada hanya teman dan family. Kawan-kawan, sepupu sepapat ramai yang dah mengikat tali pertunangan, ramai yang dah kahwin dan ramai juga yang punyai anak. Tapi aku? macam ni lah.......

Jalani hidup apa adanya kan? 

Kelmarin EBB datang dalam mimpi aku, keadaan dia agak menyedihkan. Apa kabar ye dia ketika ini? 


Ya Allah....moga dia baik-baik sahaja. 

Nanti aku ceritakan mimpi aku ya...dah melencong cerita pasal diri sendiri la pula. (^_^)

4 comments:

AzianKhalil said...

orang kata..orang yang hadir dalam mimpi tu rindu pada kita...sbb tu dia dtg dalam mimpi kita...

ftdanisha said...

mimpi kematian..insaf
akuarium shah alam..harge ikan pun beribu ringgit!

Zehan Ilyana said...

Encik Baju Biru..:)

kdg2 soal hati dan kehendak bercanggah dengan akal..

Pecinta pink^^ said...

saya tag awk di segmen http://akmaluv90.blogspot.com/2012/03/ajamoppicals-1st-giveaway-last-song.html,,jom tgok2..maseh